Page 11 - KONVOKESYEN PKB 37 & KK Kelantan
P. 11
Kata Aluan
Pengerusi Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Kelantan 2024
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan limpah kurnia dan izinnya,
Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu dan Kolej Komuniti Kelantan 2024 dapat dilaksanakan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada warga Kolej Komuniti
Negeri Kelantan dan Politeknik Kota Bharu kerana telah berjaya merealisasikan hasrat kerajaan untuk
menghasilkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Seramai 261 orang graduan lulusan Kolej
Komuniti Negeri Kelantan telah berjaya menamatkan pengajian mereka.
Majlis Konvokesyen merupakan majlis yang amat bermakna kepada graduan dan ibubapa kerana ia
membuktikan pengorbanan selama ini akhirnya berjaya mengecapi kejayaan. Saya yakin dan percaya,
graduan politeknik dan kolej komuniti mampu berdaya saing dan sentiasa bersedia menghadapi
cabaran. Gunakanlah ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi dengan sebaiknya untuk kemajuan diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
Tahniah dan syabas kepada graduan yang dikurniakan diploma politeknik dan sijil kolej komuniti pada
majlis konvokesyen ini. Sepanjang pengajian ini, para graduan telah memperolehi segala ilmu,
pengalaman dan kemahiran dari segenap aspek dalam bidang yang diceburi dan mempersiapkan diri
menghadapi dunia kerjaya.
Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua graduan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan
Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke 37 dan Kolej Komuniti Negeri Kelantan. Sekian terima
kasih.
En. Mohd Nizat bin Abdul Kadir
Pengarah
Kolej Komuniti Kok Lanas.
Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke 37 & Kolej Komuniti Kelantan 2024
GRADUAN TVET ASPIRASI GENERASI MADANI