Page 33 - KAJIDAYA BAHAN
P. 33
KAJIDAYA BAHAN
BAB 2
TEGASAN SUHU DAN BAR MAJMUK
2.0 BAR MAJMUK
Takrifan bagi bar majmuk adalah satu bar yang diperbuat daripada dua bahan atau lebih dengan
kedua-duanya dipasang tegar supaya bebanan yang dikenakan dapat dikongsi bersama serta
mengalami pemanjangan @ pemendekan yang sama. Bar majmuk boleh dikategorikan kepada
dua jenis iaitu bar majmuk siri dan bar majmuk selari.
2.1 BAR MAJMUK SIRI
Dua atau lebih bar yang telah dipasang @ dicantum secara siri (Rajah 2.1), tidak dapat ditentukan
secara terus apakah yang berlaku di dalam bar tersebut. Oleh sebab itu, satu persamaan ubah
bentuk perlu dihasilkan, disamping persamaan daya yang terlibat.
• Persamaan daya : P1 = P2 =P
P 1 2 P
Rajah 2.1
• Persamaan ubah bentuk : = 1 + 2
2.2 BAR MAJMUK SELARI
Sememangnya sukar untuk menentukan apakah yang berlaku di dalam satu bar majmuk selari
(Rajah 2.2). Walaubagaimanapun, persamaan-persamaan yang ada boleh dipermudahkan.
• Persamaan daya : P = P1 + P2 P 1 P
2
Rajah 2.2
• Persamaan ubah bentuk : 1 = 2
24