Page 52 - KAJIDAYA BAHAN
P. 52

KAJIDAYA BAHAN





                                                      BAB 3





                         DARA RICIH DAN MOMEN LENTUR


                                                                                                       \
            3.0     DAYA RICIH DAN MOMEN LENTUR
 BAB 3      Dalam bab ini, penumpuan akan diberikan terhadap daya ricih (V) dan momen lentur (M) yang

            terhasil di dalam sesuatu rasuk. Rasuk telah digunapakai untuk menerangkan satu bar atau batang
            yang  membawa  beban  sisian.  Ianya  banyak  digunapakai  dalam  pelbagai  bidang  kejuruteraan.
 DAYA RICIH DAN MOMEN   Kajian  akan  dijalankan  terhadap  rasuk  jenis  mengufuk  sahaja  dan  beban-beban  yang  bertindak
            adalah dianggap dalam satu satah tegak sahaja.
 LENTUR
            3.1     JENIS-JENIS RASUK
                                               Jadual 3.1 : Jenis-jenis Rasuk

              i.  rasuk Disokong Mudah
                  Rasuk seperti ini disokong secara mudah di kedua-dua hujung
                  A dan B (Rajah 3.1). Tindak balas RA dan RB bertindak ke atas
                  rasuk di titik A dan B.

             ii.  Rasuk Julur
                  Sebelah hujung rasuk dipasang tegar supaya tidak dibenarkan
                  berpusing  (Rajah  3.2).  Tindakbalas  R  dan  juga  momen  M
                  terhasil   untuk   menjamin     rasuk   ini   berada   dalam
                  keseimbangan.

            iii.  Rasuk Juntai
                  Satu  atau  dua  belah  hujung  rasuk  berada  dalam  keadaan
                  berjuntaian  iaitu  sebahagian  rasuk  bergantung  di  luar  dari
                  penyokong (Rajah 3.3).

            iv.  Rasuk Berterusan
                  Ianya  berlaku  apabila  terdapat  lebih  daripada  2  penyokong
                  digunakan untuk menyokong rasuk (Rajah 3.4).

             v.   Rasuk Terbina Dalam
                  Ianya  dipasang  tegar  di  kedua-dua  belah  hujung  dan
                  mengalami tindakbalas RA dan RB serta MA dan MB (Rajah 3.5).





                                                                                                          43
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57