Page 53 - KAJIDAYA BAHAN
P. 53
KAJIDAYA BAHAN
3.2 JENIS-JENIS BEBAN
Jadual 3.2 : Jenis-jenis Beban
i. Beban Tumpu
Beban ini bertindak ke atas satu kawasan yang
terlalu kecil dan boleh dikatakan bertindak pada
satu titik seperti titik x (Rajah 3.6). unit = N
ii. Beban Teragih Seragam
Ianya bertindak ke atas
keseluruhan@sebahagian panjang rasuk dengan
cara teragih seragam (Rajah 3.7). unit = N/m
iii. Beban Teragih Tak Seragam
Beban ini berubah secara berterusan.
Kebiasaannya membentuk beban segitiga (Rajah
3.8). unit = N/m
iv. Momen Gandingan
Ianya merupakan kesan tindakan piuhan yang
dikenakan ke atas sesuatu rasuk (Rajah 3.9). unit
= Nm. Contoh : gandingan M1 (arah ikut jam)
akan terhasil melalui dua daya F yang bertindak
pada lengan. Nilai M1 ialah (F x d) Nm. Manakala
M2 adalah satu lagi contoh momen gandingan
yang bertindak di titik x, pada arah lawan jam.
3.3 TANDA-TANDA RUJUKAN
i. Daya dalam bahan (daya ricih +ve dan momen lentur +ve)
44