Page 85 - KAJIDAYA BAHAN
P. 85
KAJIDAYA BAHAN
BAB 5
PESONGAN RASUK
5.0 PESONGAN RASUK
Di dalam bab ini, kita akan menyelidiki kesan momen keatas sesuatu rasuk yang
menyebabkan berlakunya pesongan. Kesan pesongan rasuk begitu penting untuk
diketahui kerana jika pesongan terlalu tinggi, maka alat tersebut tidak dapat berfungsi
dengan sempurna. Oleh sebab itu, kebanyakan rekabentuk rasuk perlu mengambil kira
kesan pesongan tersebut seperti rekabentuk sesebuah bangunan di mana pesongan rasuk
di dalam bangunan tidak boleh melebihi 1/300 daripada panjang asalnya. Selain daripada
itu, pesongan yang berlaku juga akan membawa kesan besar terhadap sesuatu yang
bergerak seperti aci pandu di mana sekiranya pesongan wujud maka aci tersebut akan
berlaku getaran. Getaran ini akan mengganggu jangka hayat aci tersebut.
5.1 TAKRIF PESONGAN
y P
Pesongan, y ditakrifkan sebagai jarak paksi neutral dari
kedudukan asal ke kedudukan paksi neutral selepas beban x x
dikenakan. Pesongan adalah berbeza untuk setiap nilai x y
pada keseluruhan panjang rasuk. Hubungan antara x dan y
boleh ditulis dalam bentuk satu persamaan yang disebut sebagai persamaan lengkungan
anjal rasuk.
2
d y
EI 2 = M
dx
Ianya juga disebut sebagai persamaan kebezaan pesongan daripada persamaan
kebezaan di atas, kita boleh menentukan beberapa kuantiti utama pada rasuk.
76