Page 18 - KONVOKESYEN PKB 37 & KK Kelantan
P. 18
POLITEKNIK KOTA BHARU
Politeknik Kota Bharu mula beroperasi pada tahun 1985 di kampus sementara di
Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Bunut Susu Kelantan. Pada tahun 1988, Politeknik
Kota Bharu telah berpindah ke kampus baru di Kok Lanas, Ketereh dan kekal sehingga
ke hari ini. Pada awal penubuhan Politeknik Kota Bharu, hanya 400 orang pelajar telah
berdaftar untuk mengikuti pengajian di Politeknik Kota Bharu dengan jumlah tenaga
pengajar hanya 44 orang. Kini, Politeknik Kota Bharu telah mengorak langkah selari
dengan pendidikan negara sehingga mampu menampung hampir 5000 orang
pelajar dengan 417 orang tenaga pengajar dan 124 orang kakitangan kumpulan
pelaksana. Politeknik Kota Bharu akan terus beriltizam untuk meletakkan institusi ini
sebagai penggerak bidang pendidikan “Technical and Vocational Education and
Training” (TVET). Ini merupakan satu azam dan komitmen yang akan memacu tahap
pencapaian akademik dan sahsiah para pelajar dan graduan PKB agar mampu
memenuhi keperluan tenaga kerja semasa sama ada dalam sektor korporat dan
awam
No. Perakuran Pendaftaran : POLITEKNIK/004(001).
Tahun Penubuhan : 1985
Kategori Politeknik : Konvensional
Keluasan : 406,300 sq.m – dibangunkan
Kapasiti Pelajar : 6000 orang (termasuk pelajar LI)
Kapasiti Asrama : 2418 orang
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Politeknik Kota Bharu
1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Ukur Bahan
3. Diploma Kejuruteraan Elektrik
4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
5. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
8. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
9. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
10. Diploma Akauntansi
11. Diploma Pemasaran
12. Diploma Pengajian Perniagaan
13. Diploma Insurans
GRADUAN TVET ASPIRASI GENERASI MADANI