Page 21 - KONVOKESYEN PKB 37 & KK Kelantan
P. 21

KOLEJ KOMUNITI JELI

               Kolej Komuniti Jeli mula beroperasi sejak 1 Julai 2006 di lokasi rumah kedai Bukit Bunga,
               Tanah Merah. Program yang ditawarkan adalah Program Sijil Bakeri Konfeksionari.
               Pada tahun 2008, Program Sijil Fesyen dan Pakaian mula ditawarkan di Kolej Komuniti
               Jeli. Pada tahun 2013, Program Sijil Bakeri dan Konfeksionari telah ditukarkan kepada
               Sijil Pastri yang ditawarkan secara bermodular. Pada tahun 2015,  Unit Fesyen dan
               Pakaian telah berpindah ke bangunan Bazar Mara di Ayer Lanas dan pada 1 April
               2017, Unit Pastri telah dipindahkan ke Kolej Komuniti Jeli  Cawangan Tanah Merah.
               Pada  tahun  2017  dalam  RMK  11-  RP2,  Kerajaan  telah  memberi  kelulusan  untuk
               pembinaan kampus baru Kolej Komuniti Jeli bertempat di Bukit Bunga dan projek ini
               telah bermula pada tahun 2020 dan dijangka siap pada tahun 2024. Kampus kekal
               Kolej Komuniti Jeli ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk tujuan
               pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa dan kursus jangka pendek yang lebih
               selesa untuk pelajar dan komuniti setempat.

               Lokasi
               Bazar Mara Ayer Lanas (Sijil Fesyen dan Pakaian)
               PT 10505, Simpang 3 Bechah Laut (Sijil Pastri)

               Kolej Komuniti Jeli menawarkan 2 program sepenuh masa dan pelbagai kursus
               jangka pendek yang bersesuaian dari masa ke semasa. Program sepenuh masa
               yang ditawarkan adalah :

               1) Program Sijil Pastri
               2) Program Sijil Fesyen dan Pakaian

               Tempoh masa pengajian : 2 tahun




































                                   GRADUAN TVET ASPIRASI GENERASI MADANI
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26