Page 23 - KONVOKESYEN PKB 37 & KK Kelantan
P. 23
Pedang Istiadat
Sri Cemerlang
Pedang Istiadat Sri Cemerlang
Melambangkan keindahan, kemantapan, kekuatan, ketajaman dalam mencari dan
memperolehi ilmu
Ulu Pedang Menunjukkan Pegangan
Motif ukuran perak membawa maksud harmonis, yang membentuk dan melahirkan pegangan
yang teguh, cemerlang dan selamat. Batu permata melambangkan nilai dan keindahan
pegangan
Aring Pedang Menunjukkan Perantara Dan Pengawasan
Bentuk aring yang berupa bentuk asas ukiran pada ‘pegangan’ menggambarkan komunikasi dan
pengawasan yang mantap
Mata Pedang Menunjukkan Kekuatan Dan Ketajaman
Diperbuat daripada keluli tahan karat, yang melambangkan kekuatan dan daya ketahanan yang
tinggi dalam menghadapi cabaran. Bentuk yang tajam melentik menggambarkan ketajaman
ilmu dan fikiran yang mempunyai fleksibiliti, permukaan yang berkilat mencerminkan ilmu dan
amalan yang sentiasa tergilap
Sarung Pedang Menunjukkan Pelindung
Bertatahkan perak dan tembaga, melambangkan satu bentuk perlindungan, yang indah, kuat
dan mempunyai daya tahan yang tinggi