Page 20 - KONVOKESYEN PKB 37 & KK Kelantan
P. 20
KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS
Kolej Komuniti Pasir Mas mula beroperasi pada tahun 2008 sebagai sebuah Kolej
Cawangan di bawah kampus induk Kolej Komuniti Kuala Terengganu di kampus
sementara di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan. Pada tahun 2009, Kolej
Komuniti Pasir Mas berpindah di bangunan rumah kedai di PT 3302-3307, Taman Sri
Kota, Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Pasir Pekan, Kelantan. Pada peringkat
permulaan, Kolej Komuniti Pasir Mas menawarkan Sijil Perakaunan Perniagaan untuk
pengambilan pertama. Pada tahun 2010, Kolej Komuniti Pasir Mas telah berada di
bawah kampus induk Kolej Komuniti Kok Lanas. Pada tahun 2011, Kolej Komuniti Pasir
Mas telah menawarkan program baharu iaitu Program Sepenuh Masa (SMK) . Selain
Program Sepenuh Masa, Kolej Komuniti Pasir Mas juga menjalankan kursus pendek
bersesuaian dengan permintaan tempatan bagi memberi peluang kepada komuniti
untuk menambah kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang
seperti masakan, keagamaan, jahitan, pengkomputeran dan sebagainya. Pada
tahun 2012 hingga kini, Kolej Komuniti Pasir Mas telah menjadi Pusat Tanggungjawab
Sendiri (PTJ). Kolej Komuniti Pasir Mas mempunyai seramai 37 orang termasuk
kakitangan MY STEP dan semua kakitangan terdiri daripada pelbagai kelulusan. Pada
tahun 2018, Kolej Komuniti Pasir Mas telah mempunyai kolej cawangan iaitu Kolej
Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang yang berada di Rantau Panjang
dengan menawarkan Sijil Perkhidmatan Logistik.
No. Perakuan Pendaftaran: KOLEJ KOMUNITI/KKPM(D21)
Tahun Penubuhan: 2008
Kategori Kolej Komuniti: Kluster 3
Keluasan: 5 lot rumah kedai (bangunan sewaan)
Kapasiti Pelajar: 132 (termasuk pelajar LI)
Kapasiti Asrama: Tiada
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Pasir
Mas Cawangan Rantau Panjang:
1. Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP)
2. Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK)
GRADUAN TVET ASPIRASI GENERASI MADANI