Page 65 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 65
Pada acisesondol terdapat banyak sesondol yang tiap satunya membuka satu injap. Dua
sesondol terdapat pada satu silinder, iaitu untuk injap-injap masuk dan keluar. Apabila
hujung runcing sesondol menolak tapet ke atas, rod tujah juga tertolak sama. Ini akan
menggerakkan lengan jumpelang untuk membuka injap. Injap dibuka oleh sesondol dan
Rajah 5.15 Sistem Injap
ditutup oleh pegas injap. Kelegaan yang betul di antara tapet dan rod tujah adalah penting
untuk pembukaan dan penutupan injap yang sempurna. Kesempurnaan pembukaan dan
penutupan ini akan menjamin kesempurnaan pemasukan campuran bahanapi udara,
pengeluaran asap serta sisa pembakaran dan pencegahan kebocoran tekanan.
Ringkasan
Dua jenis injap dan fungsinya:
a. Injap sedutan berfungsi mengawal kemasukan campuran bahanapi ke dalam
ruang silinder melalui liang masuk (intake port).
b. Injap ekzos berfungsi mengawal gas sisa pembakaran daripada ruang silinder
melalui liang ekzos ( exhaust port).
h) Tapet, Rod Tujah, Lengan Jumpelang, Acisesondol, Galas, Giar
Timbangmasa Dan Kotak Engkol.
i. Tapet;
Fungsinya menolak rod tujah (push rod) apabila digerakkan oleh sesondol
(cam).
57 | P a g e