Page 60 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 60
tiap-tiap peranan ini rekabentuk gelang adalah berlainan. Bahagian teratas sekali ialah
gelang mampatan manakala di bawah sekali adalah gelang minyak yang bertugas untuk
menyalut minyak pelinciran ke dinding silinder. Gelang yang di tengah pula dikenali
sebagai gelang pengikis dan berfungsi untuk menghalang minyak yang disalutkan ke
dinding silinder tadi daripada memasuki ruang pembakaran. Cemat omboh menyambung
omboh kepada hujung rod penyambung dan pada masa yang sama membenarkan rod
penyambung bebas bergerak seperti engsel.
Gelang Omboh
Fungsinya ialah:
a. Mengalas pergerakan omboh daripada dinding dalam silinder bagi meminimakan
kejadian pengeseran dan penghausan serta mengelakkan kebocoran gas daripada
ruangan silinder bagi mempastikan kejadian mampatan yang sempurna.
b. Menolong mengelakkan haba panas yang berlebihan di dalam ruangan silinder.
c. Mengawasi pengaliran semburan minyak pelincir setiap kali omboh membuat
pergerakan.
Terdapat dua jenis gelang omboh iaitu;
i. Gelang Mampatan
Ia menduduki lurah atas berhampiran dengan kepala omboh bagi menyendal
bahagian permukaan antara omboh dan dinding silinder. Fungsinya:
a. Mengelakkan kebocoran gas daripada ruangan silinder.
52 | P a g e