Page 64 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 64

enjin.  Motor  penghidup  mengengkolnya  untuk  memberi  gerakan  permulaan.  Pada  enjin

                  kecil, gerakan mula ini dihasilkan dengan menarik tali yang dililit dikeliling rodatenaga.
                  Fungsi  utama  rodatenaga  adalah  untuk  membekalkan  momentum  kepada  enjin.  Dengan

                  ini,  kelajuan  enjin  yang  sekata  pada  masa  bahanapi  tidak  terbakar  untuk  menghasilkan
                  kuasa  dapat  dikekalkan.  Momen  sifatekun  rodatenaga  yang  ligat  berputar  itu  akan

                  membawa  omboh  melalui  peringkat  "ketiadaan  pengeluaran  kuasa"  tersebut.  Bahan
                  pembinaan rodatenaga biasanya adalah terdiri dari besi tuangan.



                  Ringkasan
                  Roda tenaga berfungsi :

                         a.  Memegang  dan  mendapatkan  gerak  aciengkol  yang  stabil  bagi  mengelakkan
                         getaran enjin.

                         b. Menambahkan daya kilas (torque).
                         c. Memberikan momen sifatekun kepada pergerakan omboh.

                         d. Membolehkan pergerakan aciengkol, lengan omboh dan semua bahagian enjin

                         melalui motor penghidup mengikut keperluan.




                  g.  Sistem Injap (Valve System)
                  Sistem  injap  menyelaraskan  pemasukan  bahanapi  dan  udara  ke  dalam  silinder  dan

                  pengeluaran  asap  dan  lain-lain  sisa  pembakaran  keluar  dari  silinder.  Pembukaan  dan

                  penutupan  injap  ini  adalah  penting  untuk  penghasilan  kuasa  yang  maksima.  Untuk  ini,
                  pemasaan  pengendalian  injap  diselaraskan  dengan  pemasaan  pencucuhan.  aciengkol

                  memusingkan aci sesondol yang akan membuka injap-injap pada detik yang sesuai dengan
                  pengeluaran  bungapi  oleh  palam  pencucuh.  Pengeluaran  bungapi  ini  berlaku  semasa

                  omboh berada di kedudukan atas sekali (KAS). Pemasaan detik-detik penting ini dibuat

                  dengan  memadankan  tanda-tanda  pemasaan  yang  terdapat  pada  giar  aciengkol  dan
                  acisesondol. Rajah 5.15 menunjukan sistem injap. Acisesondol berpusing pada setengah

                  kelajuan aciengkol.












                                                                                               56 | P a g e
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68