Page 61 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 61
b. Mengelakkan minyak pelincir daripada meleleh keluar melalui
kelegaan di antara dinding omboh/silinder
ii. Gelang Minyak
Ia menduduki lurah yang bawah selepas lurah gelang mampatan dan mempunyai
alur-alur bergerudi (slot). Fungsinya ialah mengawal proses pemercikan dan
penyebaran minyak pelincir di dalam ruang silinder supaya tidak terlalu
berlebihan.
d) Rod Penyambung (Connecting Rod)
Rod ini menghubungkan omboh kepada aciengkol. Hujung kecil terpasang pada omboh oleh
cemat omboh sementara hujung besar pula memegang pada aciengkol di bahagian cemat engkol.
Fungsi rod penyambung ialah menghantar kuasa dari omboh ke aciengkol. Strukturnya yang
berbentuk I merupakan bentuk yang paling sesuai. Struktur ini membolehkan tegangan piuh yang
banyak pada rod penyambung. Rajah 5.14 menunjukkan komponen rod penyambung.
53 | P a g e