Page 63 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 63
e) Aciengkol
Fungsi aciengkol ialah menukar gerakan
salingan omboh kepada gerakan putaran
. Ini dicapai menerusi engkol yang
terhasil akibat dari pemasangan hujung
besar rod penyambung ke cemat engkol.
Aciengkol mestilah besar dan kuat
supaya dapat menerima tegasan yang
tinggi dalam menyalurkan kilas dan
kuasa ke sistem penghantaran sesuatu
kenderaan. Ia juga mesti boleh
menerima kejutan dari letupan bahanapi
yang terbakar dan juga cukup berat
untuk mengekalkan momentum enjin. Untuk mencegah getaran yang berlebihan dan
mengurangkan tegasan serta hakisan galas, pengimbang diadakan. Selalunya pengimbang
ini adalah bahagian sepadu aciengkol itu sendiri. Kebanyakan aciengkol diperbuat
daripada keluli berkarbon sederhana.
Ringkasan
Aciengkol berfungsi :
a. Bekerjasama dengan lengan omboh/rod penyambung untuk menukarkan
pergerakan salingan omboh kepada pergerakan putaran.
b. Memindahkan daya guna yang dihasilkan oleh enjin kepada kotak giar melalui
rodatenaga.
f) Rodatenaga (Flywheel)
Rodatenaga ialah bahagian enjin yang terakhir sekali untuk menerima kuasa. Selepas itu
kuasa dihantar ke sistem penghantaran untuk menjalankan kenderaan ataupun kuasa
diambil terus dari rodatenaga untuk membuat sebarang kerja yang sesuai seperti
menjalankan pam air. Rodatenaga memainkan peranan penting dalam menghidupkan
55 | P a g e