Page 59 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 59

b)     Kepala Silinder (Cylinder Head)


























                                                   Rajah 5.12 Kepala silinder

                  Bahagian   ini merupakan penutup atas silinder. Padanya juga terdapat ruang pembakaran

                  di  mana  pencucuhan  dan  pembakaran  bahanapi  berlaku.  Rajah  5.12  menunjukkan

                  kedudukan  kepala  silinder.  Bagi  kebanyakan  enjin,  sistem  injap  terpasang  pada  kepala
                  silinder.  Saluran  pendinginan  pada  bongkah  enjin  pula,  selalunya  berterusan  hingga  ke

                  kepala  silinder.  Kepala  silinder  enjin  dingin  udara  mempunyai  sirip  dan  unjuran  untuk

                  menambahkan luas permukaan. Bahan pembinaan kepala silinder selalunya adalah sama
                  dengan  bongkah  silinder,  di  atas  sebab  yang  sama  seperti  pada  bongkah  silinder.

                  Kebocoran  kuasa  di  antara  permukaan  kepala  silinder  dan  bongkah  silinder  dicegahi
                  dengan menggunakan gasket kepala  silinder.


                  c)     Omboh (Piston)

                  Omboh  ialah  bahagian  enjin  yang  pertama  bergerak  dalam  proses  penghasilan  kuasa.

                  Rajah 5.13 memberikan gambaran ringkas omboh. Bahanapi yang terbakar dalam ruang
                  pembakaran menolak omboh ke bawah dengan kuat. Omboh kemudian menyalurkan kuasa

                  tersebut  ke  aciengkol  melalui  rod  penyambung.  Gelang  omboh  memastikan  agar  tiada
                  kebocoran kuasa daripada ruang pembakaran. Ia merupakan gelang berpegas dan dipasang

                  pada kepala omboh. Di dalam silinder, gelang ini menekan ke arah dinding silinder, lantas
                  menyendal  ruang  pembakaran  dari  kebocoran  tekanan  dan  kuasa  iaitu  mampatan  dapat

                  dikekalkan.  Selain  daripada  itu,  ia  juga  meminimakan  luas  sentuhan  di  antara  dinding

                  silinder  dengan  dinding  omboh.  Ini  menolong  dalam  mengurangkan  kehilangan  akibat
                  geseran  dan  hakisan.  Amnya,  gelang omboh  memainkan  tiga peranan  penting  dan  bagi


                                                                                               51 | P a g e
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64