Page 54 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 54

5.3.1  Tugas Pergerakan Enjin Dua Lejang Penyalaan Cucuh


                  5.3.1.1. Lejang Sedutan
                  Omboh bergerak dari KAS ke KBS, saluran keluar tertutup dan saluran sedutan terbuka.

                  Pergerakan  omboh  ke  bawah  menekan  campuran  bahanapi  yang  telah  sedia  disedut  ke
                  dalam  kotak  engkol  yang  kedap  udara  (air-tight)  dan  seterusnya  menolak  campuran

                  tersebut masuk ke dalam  ruang silinder melalui saluran sedutan.


                  5.3.1.2 Lejang Mampatan

                  Omboh bergerak dari KBS ke KAS dan dua perkara berlaku  serentak:
                         i.     Saluran-saluran sedutan/ ekzos tertutup bagi membolehkan pemampatan

                                campuran  bahanapi di dalam ruang pembakaran.
                         ii.    Saluran  masuk  terbuka dan campuran  bahanapi ditolak masuk ke dalam

                                ruangan kotak engkol (crankcase).



                  5.3.1.3  Lejang Kuasa
                  Apabila  omboh  tiba  ke  paras  KAS,  palam  pencucuh  menerbitkan  bungapi  bagi

                  menyalakan  campuran  bahanapi.  Hasil  letupan  yang  berlaku  memberikan  daya  tekanan
                  bagi  menolak omboh ke bawah semula.



                  5.3.3.4. Lejang Ekzos
                  Omboh mulai bergerak dari KAS ke KBS dan dua perkara  berlaku  serentak:

                         i.     Saluran ekzos terbuka bagi membolehkan gas-gas sisa pembakaran ditolak
                                keluar daripada ruang silinder.

                         ii.    Saluran masuk tertutup  baagi membolehkan omboh memampat campuran

                                bahanapi yang telah sedia disedut masuk ke dalam kotak  engkol.


                  5.3.2  Prinsip Operasi Enjin Disel Kitaran Dua Lejang


                  Enjin disel kitaran dua lejang melakukan empat lejang iaitu masukan, mampatan, kuasa

                  dan  ekzos  melalui  satu  pusingan  aci  engkol  atau  hanya  melibatkan  dua  lejang  omboh.
                  Enjin ini mempunyai liang atau bukaan pengambilan yang disusun pada kedudukan


                                                                                               46 | P a g e
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59