Page 53 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 53
Rajah 5.10a Enjin Dua Lejang Petrol
Satu kitaran = dua lejang = satu pusingan
Prinsip operasi enjin dua lejang adalah sama seperti bagi enjin empat lejang. Rajah 5.10a
menunjukkan satu enjin dua lejang beroperasi. Enjin dua lejang biasanya tidak
mempunyai injap tetapi digantikan dengan liang masuk dan keluar. Enjin dua lejang yang
lebih baru mempunyai injap, namun prinsip operasinya tetap tidak berubah.
Ciri umum operasi enjin dua lejang (penyalaan cucuh)
i. Bagi menamatkan kitaran enjin, aciengkol berputar satu pusingan iaitu 360
darjah.
ii. Ia menggunakan saluran/liang masuk dan keluar.
iii. Semua kejadian-kejadian satu kitar enjin berlaku dalam pergerakkan dua
lejang.
45 | P a g e