Page 49 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 49

Peringkat pergerakkan:

                  i. Injap masuk terbuka dan injap ekzos tertutup.
                                ii.     Omboh bergerak dari KAS ke KBS.

                                iii.    Isipadu  ruang  silinder bertambah dan tekanan berkurangan.
                                iv.     Campuran  bahanapi  disedut  masuk  ke  dalam  ruang      silinder

                                        melalui liang masuk.






                  5.2.1.2. Lejang Mampatan (Compression Stroke)
                  Aciengkol  terus  berputar,  omboh  bergerak  ke  KAS  dan  kedua-dua  injap  tertutup  bagi

                  membolehkan  pemampatan  campuran  bahanapi  ke  dalam  ruang  pembakaran  di  antara
                  kepala  omboh  (cylinder  head)  dan  kepala  omboh  (piston  crown).  Aciengkol  telah

                  membuat  setengah  pusingan  yang  kedua  apabila  saja  omboh  tiba  ke  KAS,  menjadikan

                  jumlah  satu pusingan iaitu 360 darjah.  Rajah 5.8 menunjukkan perlakuan enjin tersebut.


                                Peringkat pergerakkan:

                                i.      Injap masuk dan injap ekzos tertutup.
                                ii.     Omboh bergerak dari KBS ke KAS.

                                iii.    Campuran bahanapi dimampatkan kepada isipadu yang lebih padat.
                                iv.     Tekanan di dalam ruang pembakaran mencapai 827 hingga 965 kPa

                                        (120 - 140 psi).


                  5.2.1.3. Lejang Kuasa (Power Stroke)

                  Omboh  berada  pada  KAS  dan  kedua-dua  injap  mesti  tertutup.  Palam  pencucuh
                  mengeluarkan  bungapi  bagi  menyalakan  campuran  bahanapi.  Ini  mengakibatkan

                  penghasilan haba bersuhu tinggi sehingga membawa kepada pengembangan gas di dalam
                  ruang pembakaran yang terhad dan seterusnya mengujudkan suatu daya tekanan yang kuat

                  untuk  menolak  omboh  ke  bawah  semula.  Aciengkol  telah  membuat  setengah  pusingan
                  lagi menjadikan jumlah satu setengah pusingan iaitu 540 darjah.



                  Peringkat pergerakan:
                  i.            Palam pencucuh mengeluarkan bungapi.


                                                                                               41 | P a g e
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54