Page 52 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 52
5.2.2.1. Lejang Sedutan (induction stroke)
Omboh berada pada peringkat KAS, injap masuk terbuka dan injap ekzos tertutup.
Apabila aciengkol berputar, omboh bergerak ke KBS dan udara disedut masuk ke dalam
ruang silinder. Apabila omboh tiba ke KBS, injap masuk tertutup.
5.2.2.2. Lejang Mampatan (compression stroke)
Aciengkol terus berputar, omboh bergerak ke KAS dan kedua-dua injap tertutup bagi
membolehkan pemampatan udara ke dalam ruang pembakaran di antara kepala silinder
dan kepala omboh.
5.2.2.3. Lejang Kuasa (power stroke)
Omboh berada pada KAS dan kedua-dua injap masih tertutup. Muncung penyuntik
(injector nozzle) memancutkan bahanapi ke dalam ruang pembakaran untuk penyalaan. Ini
mengakibatkan penghasilan haba bersuhu tinggi sehingga membawa kepada
pengembangan gas di dalam ruang pembakaran yang terhad dan seterusnya menghasilkan
suatu daya tekanan yang kuat untuk menolak omboh ke bawah semula.
5.2.2.4. Lejang Ekzos (exhaust stroke)
Omboh berada pada KBS, injap ekzos terbuka dan apabila omboh bergerak semula ke
KAS, gas-gas sisa pembakaran ditolak keluar melalui liang ekzos. Apabila omboh tiba ke
paras KAS, injap ekzos tertutup dan injap masuk terbuka semula bagi mengulangi
kembali lejang sedutan yang seterusnya.
5.3 Enjin Dua Lejang
Enjin dua lejang di namakan sedemikian kerana ia memerlukan dua lejang untuk
melengkapkan satu kitaran. Bagi enjin jenis ini, kesemua proses iaitu sedutan , mampatan,
kuasa dan ekzos berlaku dalam dua lejang sahaja. Aciengkol berputar hanya sekali untuk
melengkapkan satu kitaran. Kaitan pergerakan enjin dalam bahagian peristilahan enjin
iaitu;
44 | P a g e