Page 55 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 55
tertentu mengelilingi silinder, untuk membolehkan liang pengambilan terbuka apabila
omboh berada pada kedudukan paling bawah KBS (BDC). Penghembus menolak udara
masuk ke dalam silinder melalui liang pengambilan yang terbuka di samping menolak
keluar baki gas ekzos melalui injap ekzos yang terbuka dan memenuhi silinder dengan
udara yang baru. Proses tersebut disebut penghembusan sisa.
Apabila omboh bergerak ke atas, injap ekzos tertutup dan omboh menutupi liang masukan
yang terbuka. Udara yang terperangkap di bahagian atas omboh akan dimampat kerana
injap ekzos tertutup. Sebaik sahaja sebelum omboh mencapai kedudukan KAS, bahanapi
dipancit masuk ke dalam silinder. Haba yang dihasilkan dari proses mampatan udara di
dalam silinder tadi mencucuh bahan api yang dimasukkan . Pembakaran terus berlaku
secara selanjar sehingga bahanapi yang dipancit habis terbakar.
Tekanan tinggi yang dihasilkan daripada pembakaran menolak omboh ke bawah semasa
lejang kuasa. Apabila omboh bergerak setengah daripada perjalanan ke bawah, injap ekzos
mula terbuka untuk membolehkan gas ekzos keluar dari silinder. Gerakan omboh ke
bawah seterusnya membolehkan liang pengambilan mula terbuka, menyebabkan udara luar
memasuki silinder semula dan membantu menolak baki gas ekzos keluar dari silinder.
Rajah 10.5b menunjukkan proses yang sama terus berulang selagi enjin beroperasi.
Rajah 5.10b: Enjin Disel Dua Lejang
47 | P a g e