Page 58 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 58
Bahagian asas suatu enjin mudah ialah :
1. Silinder
2. Kepala silinder
3. Omboh -Gelang omboh, Cemat omboh
4. Rod penyambung
5. Aciengkol
6. Rodatenaga
7. Sistem injap
-Injap masuk dan keluar
-Tapet
-Rod tujah
-Lengan jumpelang
-Sesondol dan acisesondol.
a) Silinder
Ini adalah bahagian paling asas pada enjin. Ia memuatkan omboh dan juga merupakan
sebahagian daripada bongkah enjin atau bongkah silinder seperti dalam Rajah 5.11. Di
antara tiap-tiap silinder terdapat jaket air untuk pendinginan. Omboh yang mendapat
kuasa daripada pembakaran bahanapi, membuat gerakan salingan di dalam silinder. Bahan
untuk membuat bongkah silinder ialah besi tuangan gred tinggi. Ini ialah kerana bongkah
enjin terpaksa mengalami dan perlu tahan tekanan dan suhu yang amat tinggi tanpa apa-
apa herotan. Besi tuangan mudah dikerjakan serta murah, tetapi kuat. Pada masa ini,
bongkah silinder dibuat daripada berbagai aloi untuk menambahkan lagi kekuatan serta
rintangan pada hakisan dengan berat yang berkurangan.
50 | P a g e