Page 50 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 50
ii.. Campuran bahanapi terbakar dan menghasilkan haba.
iii. Gas yang terbakar mengembang dan meninggikan tekanan di dalam ruang
pembakaran kepada 4135 hingga 4925 kPa (600 hingga 700 psi).
iv. Daya yang terhasil dari tekanan yang kuat menolak omboh dari KAS ke KBS bagi
menghasilkan daya guna enjin.
5.2.1.4. Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)
Omboh berada pada KBS, injap ekzos membuka dan apabila ianya bergerak semula ke
KAS, gas-gas sisa pembakaran (CO2 , CO) diasak keluar melalui liang ekzos. Apabila
omboh tiba ke paras KAS, injap ekzos tertutup dan injap masuk membuka semula bagi
mengulangi kembali lejang sedutan yang seterusnya. Aciengkol telah membuat setengah
pusingan yang terakhir menjadikan jumlah dua pusingan iaitu 720 darjah bagi menamatkan
satu pergerakkan kitar empat lejang.
Peringkat pergerakkan:
i. Injap ekzos terbuka dan injap masuk tertutup.
ii. Omboh bergerak dari KBS ke KAS.
iii. Isipadu ruang silinder berkurangan dan tekanan bertambah.
iv. Pertambahan tekanan mengasak keluar gas-gas sisa pembakaran
daripada ruang silinder melalui liang ekzos.
5.2.2 Prinsip-Prinsip Enjin Empat Lejang Penyalaan Mampatan
Di dalam satu kitar lejang sebuah enjin penyalaan mampatan, satu siri kejadian-kejadian
berlaku sebagaimana enjin penyalaan cucuh. Kejadian yang berlaku secara turutan dalam
enjin penyalaan mampatan Rajah 5.9 menunjukkan keadaan tersebut dan ianya adalah
sama seperti yang terdapat pada enjin penyalaan cucuh iaitu:
i. Sedutan (induction) ialah pemasukkan udara kedalam ruang
silinder.
ii. Mampatan (compression) ialah pemampatan udara.
42 | P a g e