Page 45 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 45
pusingan digunakan kerana pergerakan sedemikian bersamaan dengan satu pusingan
lengkap yang dilalui oleh aciengkol. Kelajuan enjin dalam pusingan seminit (psm)
ialah jumlah pusingan yang dilalui oleh aciengkol dalam seminit.
Satu kitar lengkap perjalanan omboh dari lejang sedutan ke lejang ekzos atau dari
lejang ekzos ke lejang kuasa atau seumpamanya di panggil satu kitaran. Secara
ringkas, pergerakan omboh boleh dikaitkan seperti berikut:
Satu kitaran = Empat lejang = Dua pusingan
5.1.5 Nisbah Mampatan
Nisbah mampatan ialah suatu kuantiti yang amat penting dalam rekabentuk enjin di mana
ia menentukan had maksima pengeluaran kuasa. Nisbah ini juga memberi ukuran sebanyak
mana campuran bahanapi-udara dimampatkan apabila omboh bergerak dari KBS ke KAS.
Secara matematik:
Jumlah Isipadu
Nisbah Mampatan = ----------------------
Isipadu Kelegaan
Isipadu Anjakan + Isipadu Kelegaan
=
Isipadu Kelegaan
Enjin petrol biasanya mempunyai nisbah mampatan di antara 8:1 hingga 12:1. Nisbah
mampatan 9.5:1 bermaksud jumlah isipadu adalah 9.5 kali lebih besar daripada isipadu
kelegaan, dan sebanyak itulah campuran bahanapi udara mesti dimampatkan sebelum
dibakar.
Amnya, lebih tinggi nisbah mampatan sesuatu enjin, lebih tinggi pulalah penghasilan
kuasanya. Ini ialah kerana campuran bahanapi udara itu akan dimampatkan dengan lebih
37 | P a g e