Page 40 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 40
Kuasa yang dikeluarkan oleh enjin disalurkan kepada roda pacuan melalui cekam, giar
penghantaran, aci penghantaran dan unit kerbeda. Di unit kerbeda, aliran kuasa dibelokkan
sebanyak 90 darjah untuk sampai kepada kedua-dua roda pacuan. Kenderaan ini adalah
jenis pacuan roda belakang kerana kuasa enjin dihantar ke gandar belakang untuk
menggerakkan kenderaan itu. Jika kuasa enjin dihantar ke gandar hadapan, maka
kenderaan itu dikenali sebagai jenis pacuan roda hadapan .
Enjin pembakaran dalam bermaksud pembakaran bahanapi berlaku dalam enjin itu
sendiri. Hasil dari pembakaran inilah enjin mendapat kuasa. Di masa dahulu, pembakaran
bahanapi berlaku di luar enjin. Bahanapi yang digunakan adalah seperti kayu, arangbatu
atau sebagainya dibakar untuk mendidihkan air. Wap yang terhasil disalurkan ke dalam
enjin untuk menghasilkan kuasa mekanikal. Enjin seperti ini dikenali sebagai enjin
pembakaran luaran. Satu contoh yang baik ialah keretapi wap yang menggunakan
arangbatu sebagai bahanapi.
5.1.1 Definisi Enjin
Enjin adalah merupakan perkaitan antara kumpulan atau bahagian yang dipasang mengikut
sesuatu peraturan yang ditetapkan untuk menukar tenaga haba (heat energy ) dengan
cara pembakaran kepada tenaga mekanikal (mechanical energy) untuk melakukan
pergerakan atau kerja.
5.1.2 Jenis Enjin
Jenis enjin terdiri dari :
i. Petrol
a. Dua lejang (contoh : motosikal, "Mistblower".)
b. Empat lejang (contoh : kereta, van)
ii. Disel
a. Dua lejang (tidak lagi dikeluarkan)
b. Empat lejang (contoh : traktor, lori, bas.)
iii. Turbin gas, turbin stim (contoh : lokomotif, stesen janakuasa)
32 | P a g e