Page 36 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 36
Kunci Kerbeda
Kunci kerbeda ini membenarkan roda untuk bergolek pada kelajuan yang berbeza apabila traktor
membuat pusingan. Kunci kerbeda di kendalikan dengan mengoperasikan atau menekan pedal
kunci kerbeda. Adalah dicadangkan kunci kerbeda digunakan untuk tujuan berikut:
i) Semasa membajak dan untuk mengelakkan sebarang kegelinciran roda ke dalam
parit atau mengeluarkan roda dari dalam parit atau batas pengairan.
ii) Semasa salah satu roda mula tersangkut, contohnya pada tanah yang tidak rata,
lumpur atau tanah licin.
Untuk mengunakan kunci kerbeda, rendahkan kelajuan traktor dan tekan pedal kunci kerbeda.
Ianya akan kekal terkunci selagi roda tidak mencapai cekaman yang sama. Untuk membuka kunci
kerbeda semasa membajak, brek roda keluar daripada parit.
Jangan mengekalkan kunci kerbeda jika tidak perlu, ianya akan membazirkan kuasa dan ianya
memberi tegangan kepada penghantaran, penggunaan tayar dan kesukaran memandu.
4.2 Pemilihan Nisbah Giar Dan Kelajuan (Traktor FIAT)
Penghantaran dan Splitter di kawal dengan
menggunakan dua tuil berasingan. Penghantaran
kuasa menyediakan empat kadar (1, 2, 3, 4) dan satu
untuk undur ke belakang. Sementara Spitter
menyediakan dua julat ke depan I = Low dan II=
High. Rajah 4.4 menunjukkan kedudukan giar
Sumber : Operator’s manual
penghantaran.
Rajah 4.4 Giar Penghantaran
Untuk menukar julat giar cekam perlu di tekan,
28 | P a g e