Page 37 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 37

berhenti  traktor  dan  gerakkan  tuil  Splitter  kebelakang  untuk  kelajuan  tinggi  (High)  dan

                  pergerakan kehadapan untuk kelajuan rendah  (Low).

                  Untuk menukar kelajuan tinggi atau rendah tekan cekam dan alihkan tuil giar dalam keadaan

                  biasa (tanpa henti). Sementara untuk bergerak ke belakang R, pertamanya hentikan traktor,
                  kemudian tekan cekam dan gerakkan tuil ke R.




                  4.3    Kaedah Yang Selamat Mengendalikan Traktor.
                  Menghidupkan Enjin.


                  Setelah traktor tidak dioperasikan untuk sesuatu masa yang agak lama atau apabila

                  menghidupkan dalam cuaca sejuk, gerakan pam bahanapi melalaui beberapa lejang dan jalankan
                  enjin selama 5 hingga 10 minit dengan pam penyuntik berada di keadaan berhenti.


                  Neutralkan tuil giar untuk mengaktifkan suis penghidup. Gerakkan tuil trottle ke tengah, putarkan

                  suis penghidup ke posisi 2 dan lepaskan apabila enjin hidup.



                  Menghidupkan Traktor.

                  Tekan pedal cekam untuk melepaskan cekam dan ubah giar dan tuil Splitter mengikut keperluan
                  pemanduan. Tinggikan kelajuan enjin dan lepaskan brek tangan, seterusnya lepaskan pedal

                  cekam.



                  Memberhentikan Traktor


                  Untuk  memberhentikan  traktor,  rendahkan  kelajuan  enjin  kemudian  tekan  cekam  dan  tekan
                  pedal brek. Apabila traktor telah berhenti, kembalikan giar dan tuil Splitter ke kedudukan neutral.

                  Kemudianya lepaskan pedal cekam dan kenakan brek tangan.

















                                                                                               29 | P a g e
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42