Page 38 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 38

UNIT 5



                  PERBEZAAN DI ANTARA ENJIN PETROL DAN ENJIN DISEL


                  5.0    Pengenalan


                  Pada permulaan zaman moden , tenaga binatang ternakan serta juga air menjadi popular
                  sebagai punca kuasa penggerak (motive power source) di samping tenaga manusia sendiri.

                  Setelah  tamadun  manusia  bertambah  maju,  enjin  wap  (steam  engine)  yang  pertama  di
                  dunia  telah  direka  oleh  seorang  berbangsa  Perancis

                  bernama Papin.



                  Pada  tahun  1698,  seorang  berbangsa  Inggeris  bernama

                  Sepaley  telah  menghasilkan  pula  enjin  wap  bagi

                  menjalankan  pam  air  yang  digunakan  untuk  membuang

                  air  di  perusahaan  perlombongan  di  England  pada  masa
                                                                              Sumber : Tractors
                  itu.  Walau  bagaimanapun  enjin  wap  yang  telah
                  dihasilkan oleh Sepaley ini mengalami beberapa masalah          Rajah 5.1 Traktor Enjin Wap

                  dan seterusnya telah diperbaiki lagi oleh seorang rakyat England bernama Newman. Pada
                  masa ini, enjin-enjin tersebut masih memerlukan  banyak pindaan dan tidak ekonomik.



                  Di England juga, seorang Inggeris bernama James Watt telah menambah alat kondenser
                  yang berasingan. Penciptaan enjin bertindak salingan (reciprocating/double action) pula

                  telah  meninggikan  lagi  kuasa  yang  dihasilkan  oleh  bahagian  omboh  (piston).  Enjin  ini
                  membekalkan punca kuasa yang diperlukan untuk revolusi industri (industrial revolution).



                  Enjin  wap  yang  telah  dihasilkan  oleh  James  Watt  membawa  kepada  zaman  mesin
                  (machine  age)  sehingga  menghasilkan  berbagai  bentuk  kenderaan  pengangkutan  yang

                  menggunakan enjin wap sebagai kuasa penggerak. Enjin wap yang asal ini merupakan asas
                  kepada penciptaan enjin pengangkutan yang moden pada hari ini.



                  Walau bagaimanapun telah disedari bahawa pada enjin wap yang menggunakan arangbatu
                  sebagai bahan pembakarannya  dimana  hanya  sebahagian daripada  haba  yang dihasilkan

                                                                                               30 | P a g e
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43