Page 39 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 39
digunakan untuk memanaskan air bagi menghasilkan wap sedangkan sebahagian besarnya
lagi hilang begitu sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, enjin pertama yang menggunakan
bahanapi petrol telah dicipta pada tahun 1860 oleh seorang Perancis bernama Renior.
Berikutan ini, seorang bangsa Jerman bernama
Nicholas Otto telah memasukkan kitar lejang sedutan
/ mampatan/ kuasa/ ekzos kepada enjin tersebut bagi
menghasilkan apa yang dikenali sebagai enjin kitar
empat lejang pada hari ini. Enjin petrol dan disel telah
dibuat berasaskan kepada prinsip kitaran empat
lejang. Pada tahun 1876, Nicholas Otto telah
mencipta sebuah enjin petrol. Ini diikuti oleh Dr.
Sumber : Tractors
Rudolf Disel, juga seorang Jerman yang telah
berjaya mencipta enjin disel yang pertama di dunia Rajah 5.2 Traktor Berenjin
pada tahun 1883.
Pembakaran Dalam
5.1 Enjin Pembakaran Dalam
Enjin pembakaran dalam merupakan penggerak utama bagi kebanyakan kenderaan di
dunia. Hampir kesemua kenderaan di darat di kuasai oleh enjin ini. Di laut pula, banyak
kapal-kapal yang menggunakanya. Kapal terbang kecil juga menggunakan enjin
pembakaran dalam (sudah ketinggalan zaman).
Semua enjin pembakaran dalam yang digunakan pada semua kenderaan mempunyai
prinsip pengendalian yang sama. Dalam kuliah ini, perbincangan di dasarkan pada enjin
kenderaan darat seperti kereta, lori dan traktor. Sebelum kita meneruskan perbincangan
mengenai enjin, eloklah kita lihat terlebih dahulu secara menyeluruh bagaimana sesebuah
enjin itu menggerakkan kenderaan.
31 | P a g e