Page 43 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 43

lebih  berterusan,  enjin  berbilang  silinder  digunakan  contohnya  enjin  empat,  enam  dan

                  lapan silinder. Enjin empat silinder menghasilkan kuasa dua kali pada tiap-tiap pusingan,
                  iaitu  empat  kali  lebih  kerap  daripada  enjin  satu  silinder.      Ini  bermakna  enjin  empat

                  silinder lebih berkuasa daripada enjin satu silinder.


                  Lebih  banyak  silinder  yang  terdapat  pada  sesuatu  enjin  itu,  maka  lebih  berterusanlah

                  pengeluaran  kuasanya.  Bagi  enjin  yang  mempunyai  lebih  daripada  empat  silinder,  kala
                  penghasilan kuasa oleh sesuatu silinder itu bertindihan di bahagian akhir lejang itu dengan

                  bahagian  awal  lejang  kuasa  silinder  yang  lain.  Penerangan  lebih  lanjut  mengenai
                  pertindihan lejang kuasa ini ditunjukkan dalam Rajah 5.4.


                  Oleh kerana penghasilan kuasa lebih berterusan dengan enjin berbilang silinder, maka kita

                  dapati saiz nisbi rodatenaga sesebuah enjin semakin  kecil dengan bertambahnya jumlah

                  silinder.  Perjalanan  enjin  juga  lebih  licin  dan  kurang  bergetar  kerana  masa  yang
                  memisahkan  di  antara  dua  lejang  kuasa  lebih  pendek.  Dalam  kes  enjin  empat  silinder,

                  kuasa  yang  dikeluarkan  adalah  berturutan  tanpa  selangan  masa,  dan  jika  lebih  daripada

                  empat silinder, berlaku pula pertindihan yang dikatakan di perenggan atas. Ini jauh berbeza
                  daripada enjin satu silinder. Dengan penghasilan kuasa hanya sekali dalam dua pusingan

                  (empat  lejang),  kejutan  kuasa,  geseran  serta  perjalanan  enjin  yang  tidak  licin  mudah
                  berlaku.


                  5.1.4  Peristilahan Enjin

                  Berikut  ialah  istilah-istilah  asas  enjin.  Rajah 5.5 menunjukkan tempat istilah-istilah

                  tersebut diguna pakai.
                  i.   Kedudukan Atas Sekali (KAS)

                  ii.   Had  paling   atas  bagi  perjalanan  omboh.  Setelah  kepala  omboh  sampai   ke
                       kedudukan  ini omboh akan turun semula.

                  iii.  Kedudukan Bawah Sekali (KBS)
                  iv.  Had paling bawah bagi perjalanan omboh.  Setelah kepala omboh sampai ke

                       kedudukan  ini omboh akan naik semula.

                  v.   Gerek atau lubang  garispusat silinder.
                  vi.  Lejang ialah jarak di antara KAS dan KBS. Satu perjalanan omboh ke atas atau ke

                       bawah juga dipanggil lejang.



                                                                                               35 | P a g e
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48