Page 41 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 41
iv. Jet (contoh : kapal terbang , "Concorde supersonic")
v. Enjin kuasa nuklear
5.1.3 Prinsip Perlakuan Enjin Pembakaran Dalam
Untuk mengeluarkan kuasa, enjin mesti melalui empat peingkat iaitu lejang sedutan,
mampatan, kuasa dan ekzos. Berdasarkan kepada Rajah 5.4, omboh bergerak ke bawah
pada lejang sedutan Injap masuk terbuka sementara injap ekzos pula tertutup. Pergerakan
omboh ke bawah menimbulkan kesan sedutan yang menarik campuran bahanapi dan udara
melalui injap masuk ke silinder. Omboh naik semula ke atas pada lejang mampatan.
Kedua-dua injap masuk dan keluar tertutup dan campuran yang disedut tadi termampat ke
isipadu yang amat kecil. Tekanan dalam silinder sewaktu campuran bahanapi udara telah
termampat sepenuhnya boleh mencapai sehingga lebih kurang 5000 kPa. Di akhir lejang
mampatan, iaitu di waktu lejang kuasa akan bermula, palam pencucuh mengeluarkan
bunga api dan mencucuh campuran termampat itu. Pembakaran yang terjadi menghasilkan
satu letupan yang kuat yang menolak omboh ke bawah. Kuasa dari letupan inilah yang
memberi kuasa kepada enjin untuk membuat kerja. Kedua-dua injap masih tertutup pada
lejang kuasa. Di lejang ekzos, omboh naik semula ke atas dan injap ekzos terbuka untuk
membolehkan segala sisa pembakaran keluar dari silinder. Lejang ekzos ini kemudiannya
diikuti semula dengan lejang sedutan untuk pengendalian seterusnya.
33 | P a g e