Page 44 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 44

Rajah 5.5 Komponen Enjin
















                  vii.  Isipadu kelegaan ialah isipadu ruang di atas kepala omboh semasa omboh berada di
                       KAS. Isipadu ini juga adalah  isipadu ruang pembakaran.

                  viii.  Isipadu anjakan ialah isipadu yang dilalui oleh omboh apabila ia bergerak dari KAS

                       ke KBS atau sebaliknya. Pendeknya, isipadu anjakan ialah isipadu silinder di antara
                       KAS dan KBS.

                                Isipadu ini boleh ditentukan seperti berikut:
                                                          

                                        Isipadu anjakan =  --- (gerek) x lejang

                                                           4
                  ix.  Jumlah  isipadu  ruang  di  atas  kepala  omboh  semasa  omboh  berada  di  KBS,  iaitu

                       jumlah isipadu  kelegaan dan isipadu anjakan.
                  x.   Seperti yang diterangkan dalam bahagian 5.1.3 (Prinsip perlakuan enjin pembakaran

                       dalam), satu lejang ialah satu perjalanan omboh dari KAS ke KBS atau sebaliknya.

                       Satu  pusingan  pula  ialah  satu  pergerakan  omboh  dari  KAS  atau  KBS  dan  balik
                       semula ke  kedudukan asalnya. Dua lejang menyumbangkan satu pusingan.  Istilah


                                                                                               36 | P a g e
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49