Page 35 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 35
Meter Bahan Api
Meter bahan api akan menunjukkan kuantiti bahanapi di dalam
tangki traktor. Jarum meter penunjuk akan menunjukkan ke
kanan untuk keadaan tangki penuh dan menunjukan ke kiri
(sektor merah) untuk kapasiti kurang daripada ¼ tangki penuh.
Sumber : Operator’s manual
Rajah 4.3 Meter Bahanapi
4.1 Fungsi dan Kegunaan Alat kawalan
Kawalan Kelajuan Pam Pemancit
Kawalan kelajuan pam pemancit boleh dilakukan dengan dua cara iaitu dengan menekan pedal
minyak iaitu membuka trottle ataupun dengan menarik trottle kendalian tangan. Trottle atau
pedal kaki biasanya digunakan sewaktu pengendalian traktor di jalan raya. Sementara trottle
kawalan tangan digunakan sewaktu membajak (elakkan menggunakan trottle tangan semasa
memandu di jalan raya).
Cekam
Cekam berfungsi menghantar kuasa enjin ke bahagian giar dan roda traktor. Sekiranya pedal
cekam ditekan maka kuasa enjin akan di pisahkan daripada giar dan roda. Pedal cekam perlu
ditekan semasa mengubah giar dan juga membrek. Ini bertujuan memastikan kuasa enjin tidak
menggangu kerja-kerja tersebut.
27 | P a g e