Page 30 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 30
UNIT 3
PENGHANTARAN KUASA LUAR PADA TRAKTOR PERTANIAN
3.0 Pengenalan
Di dalam mengendalikan kerja-kerja pembajakan dan kerja-kerja penyemburan racun di
ladang, maka diperlukan peralatan tambahan yang mampu berputar bagi menggemburkan
tanah dan juga untuk mengepam racun. Oleh itu diperlukan tenaga putaran daripada
traktor untuk menjalankan peralatan tambahan bagi kegunaan pembajakan dan
penyemburan. Tenaga putaran ini adalah datangnya daripada enjin traktor yang akan
memutarkan aci sadap kuasa (PTO). Aci sadap kuasa ini akan disambungkan dengan
peralatan tambahan bagi proses pembajakan tanah, penyemburan racun dan lain-lain
aktiviti pertanian. Peralatan tambahan ini adalah sejenis alat yang akan berputar bagi
tujuan memacu peralatan tambahan. Contoh peralatan tambahan yang menggunakan
pacuan aci sadap kuasa adalah seperti bajak putar, pemotong rumput, pam air dan
penyembur racun. Di dalam unit ini, pelajar akan dapat mengetahui tentang peranan, jenis
dan tujuan aci sadap kuasa digunakan dalam kerja pembajakan tanah secara menyeluruh.
3.1 Sadap Kuasa (Power Take Off)
PTO adalah peralatan tambahan di dalam rangkaian kuasa pada sesebuah traktor. Ia direka
untuk memacu peralatan luaran seperti bajak putar, pam air, pemotong rumput,
penyembur racun dan sebagainya. Rajah 3 menunjukkan kedudukan aci sadap kuasa (PTO).
Sumber : Tractors
dap Kuasa (PTO)
22 | P a g e
Rajah 3.1 : Aci Sagat kuasa(PTO)