Page 25 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 25

d)  Kuasa Talisawat.

                         Kuasa talisawat adalah kuasa kuda yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu talisawat
                         mengikut berat beban yang ditanggung oleh talisawat tersebut. Kuasa talisawat

                         bergantung kepada beban dan kelajuanya.



                    e)  Kuasa Hidraulik.

                         Kuasa hidraulik adalah merupakan kuasa yang dipunyai oleh sesuatu peralatan hidraulik
                         untuk dioperasikan. Inya juga bergantung kepada kadaralir bendalir hidraulik dan juga

                         beban yang ditanggung oleh peralatan tersebut.



                    f)  Kuasa Kuda Bar Tarik (Drawbar Horsepower)

                         Kuasa kuda bar tarik diukur melalui kuasa penarikan yang boleh dilakukan oleh enjin
                         apabila dipasang pada kenderaan/ mesin bergerak. Beban dikenakan kepada mesin dan

                         kuasa kuda yang diperlukan untuk menggerakkan mesin dikira dengan mengetahui daya
                         yang diperlukan untuk menarik mesin dan kelajuan pergerakannya.





                  2.2 Bar Tarik (Drawbar) Dan Penyangkut Tiga Mata

                    Kedua-dua  alat  ini  dilengkapkan  pada  traktor  untuk  penyambungan  alat  tambah  dan  untuk

                    penggunaan alat tambah.


                  2.2.1 Bar Tarik (Drawbar)

                    Penggunaan  bar  tarik  yang  betul  akan  memberikan  hasil  kerja  yang  baik  dan  dapat
                    menyelamatkan alat-alat dari mengalami kerosakan. Mengikut ASAE, kedudukan bar tarik yang

                    betul akan memberikan kedudukan yang selamat untuk menarik beban yang berat dan sesuai
                    untuk hampir semua peralatan yang menggunakan PTO.














                                                                                               17 | P a g e
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30