Page 24 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 24
2.2 Takrifan
a) Kuasa Maksima/ Brek/ Rodatenaga.
Kuasa maksima adalah kuasa kuda yang bolah dihasilkan oleh enjin tanpa gangguan. Jika
kehilangan kuasa adalah 10 hp (7.5 kW) dan kuasa maksima bersamaan 50 hp (37 kW),
hasil 50 – 10 = 40 (29.5 kW) adalah kuasa kuda rodatenaga.
Ianya juga dipanggil kuasa kuda brek (Bhp) atau kuasa kuda roda tenaga . Ianya adalah
kuasa kuda teori (kuasa kuda tertunjuk) ditolak dengan kuasa kuda geseran. Kuasa kuda
brek / rodatenaga / maksima diukur dengan menggunakan Prony Brake atau
Dynamometer.
b) Kuasa Berkadar.
Kuasa yang digunakan oleh pembuat enjin untuk menunjukkan kuasa kuda yang enjin
yang dihasilkan di bawah keadaan operasi normal. Kadaran ini mengambil kira daya
tekanan maksima di dalam enjin sama seperti kelajuan dan daya kilas. Jika nilai ini
ditambah enjin akan rosak.
Pembuat enjin akan menentukan tekanan ketegangan maksima dan kelajuan enjin (rpm)
boleh dilaraskan tanpa kerosakan dalaman enjin. Pembuat enjin juga menguji dan
menghasilkan enjin yang panjang hayatnya dan kebolehtahanan yang tinggi pada kuasa
kuda berkadaran yang dinyatakan.
c) Kuasa Sadap Kuasa (PTO Power)
Kuasa kuda PTO adalah merupakan fungsi daya kilas dan kelajuan. Ianya diukur pada aci PTO
mesin. PTO biasanya mempunyai beberapa giar pengurangan kelajuan di antara enjin dan aci
PTO. Giar pengurang kelajuan ini menambah nilai daya kilas tetapi mengurangkan kelajuan.
Apabila mengukur kuasa kuda PTO, kelajuan biasanya dikekalkan pada 1,000 rpm, oleh itu
pengukuran kuasa PTO dibaca terus dan meter pengukur daya kilas yang telah ditentukur
ke unit kuasa kuda. Ianya digunakan untuk memacu alatan tambahan.
16 | P a g e