Page 19 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 19

1.5    Penyenggaraan Harian



                  Penyenggaraan  harian  sangat  penting  kerana  tanpa  penyenggaraan  harian  traktor  akan

                  mengalami berbagai masalah. Jika penyenggaraan hanya ditumpukan pada penyenggaraan

                  am traktor akan cepat rosak.


                  Penyenggaraan harian meliputi:-

                      i.  Memeriksa paras minyak pelincir

                      ii.  Memeriksa paras cecair penyejuk

                     iii.  Memeriksa tekanan tayar

                     iv.  Memeriksa sistem amaran dan sistem elektrik
                      v.  Memeriksa sistem stereng

                     vi.  Memeriksa sistem brek

                     vii.  Memeriksa pelindung keselamatan


                 1.6    Penyenggaraan Pencegahan



                  Penyenggaraan  dan  servis  peralatan  adalah  perlu  dilakukan  untuk  mengelak  daripada

                  peralatan  menjadi  rosak  dan  tidak berfungsi dengan  baik.  Terdapat  tiga  langkah untuk

                  memastikan penggunaan alat yang selamat:-



                        i.  Mengikut prosedur penggunaan yang betul.
                        ii.  Menjaga peralatan  supaya dapat beroperasi dalam  keadaan selamat.

                        iii. Mengenal dan mengelakkan bahaya semasa  servis dan penyelenggaran.

                        iv. Kemungkinan yang mungkin dihadapi adalah kecederaan penservis dan

                           merosakkan peralatan.







                                                                                               11 | P a g e
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24