Page 23 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 23
2.1.2 Traktor Pacuan Empat Roda
a) Pacuan Penuh Empat Roda
Keempat-empat roda sentiasa dipacu dan ciri fizikal yang nyata ialah saiz tayar hadapan dan
belakang adalah sama besar. Sistem pacuan penuh empat roda mempunyai sistem stereng
yang berlainan jika dibandingkan dengan traktor pacuan dua roda.
Terdapat lima jenis sistem stereng
Four wheel Crab Front Wheel
Real Wheel Stering Articulated
b) Pacuan Tambahan Roda Hadapan
Rajah 2.5 Sistem Stereng Traktor Pacuan Empat Roda
Traktor jenis ini hampir sama dengan traktor pacuan dua roda belakang, tetapi kuasa boleh
dihantar ke tayar hadapan bila diperlukan. Secara fizikal tayar hadapan lebih kecil dari tayar
belakang tetapi lebih besar dari tayar hadapan traktor pacuan dua roda.
Kuasa boleh dihantar ke tayar menggunakan dua kaedah;
i) Secara Mekanikal
Menggunakan sistem giar dan propellar shaft
ii) Secara Hidraulik
Enjin menjalankan pam hiraulik dan mengepam cecair hidraulik ke bahagian tayar
hadapan. Bagi pacuan hidraulik terdapat dua kelebihan iaitu tiada gandar hadapan
dan halaju tayar hadapan dan belakang mudah menjadi seragam.
15 | P a g e