Page 21 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 21

UNIT 2



                  BENTANGAN AM DAN KOMPONEN UTAMA TRAKTOR



                  2.0    Pengenalan



                  Sejarah penggunaan traktor bermula di penghujung abad kesembilan belas dengan menggunakan
                  enjin  stim  yang  besar  saiznya  dan  terus  berkembang  secara  cepat  sehingga  sekarang.  Pada

                  penghujung  tahun  1920an  ujian  NEBRASKA  diperkenalkan,  apakah  ujian  Nebraska?  Traktor
                  direka untuk melakukan kerja pada beban yang tinggi dan tahan untuk bekerja pada jangka masa

                  yang  panjang.  Pada  masa  sekarang  traktor  lebih  berkuasa  iaitu  mempunyai  stereng  berkuasa,
                  sistem hidraulik yang berkesan dan sistem giar yang lebih baik. Di lengkapkan dengan sadap kuasa

                  (PTO), tempat duduk yang berhawa dingin serta di lengkapkan dengan sistem pacuan empat roda

                  untuk kerja yang lebih mencabar.



                  2.1  Jenis Traktor


                  Secara  asasnya traktor terbahagi  kepada  dua  jenis  iaitu  terdiri  dari  traktor  beroda  dan  traktor

                  berantai. Traktor beroda terbahagi kepada dua iaitu traktor pacuan dua roda dan traktor pacuan
                  empat  roda.  Traktor  dua  roda  disusun  sedemikian  rupa  supaya  dipacu  menggunakan  roda

                  belakang sahaja sementara traktor pacuan empat roda menggunakan keempat-empat roda untuk
                  memacu.




                  2.1.1  Traktor Pacuan Dua Roda
                         Traktor  dua roda terbahagi kepada empat jenis:-

                         a) Standard Tread

                     Jarak tayar tak boleh di laraskan dan digunakan di kawasan yang mana jarak tayar tak
                     dipentingkan . Ianya biasa digunakan di ladang luas, kerana kebanyakan kerja boleh dilakukan

                     oleh Row Crop maka pembuatan traktor tersebut semakin kurang.





                                                                                               13 | P a g e
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26