Page 17 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 17
c. Kemalangan boleh dielakkan.
Kemalangan boleh dikurangkan atau dielakkan bila kita mengamalkan peraturan
keselamatan serta mengikuti peraturan tersebut samada di ladang atau di bengkel.
Terdapat lima faktor yang merupakan penyumbang utama kepada kemalangan;
Bil Penyumbang Kepada Kemalangan Peratus Kemalangan
1 Mesin ladang 17.6%
2 Haiwan 16.9%
3 Alatan tangan 7.5%
4 Alatan berkuasa 4.8%
5 Kenderaan 14.3%
1.3 Penyenggaraan Dan Penyimpanan
Kenapakah penyenggaraan dan penyimpanan penting?
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian;
ix. Untuk memastikan penjimatan, keberkesanan kerja dan boleh beroperasi
dengan selamat traktor mestilah sentiasa dijaga.
x. Pembaikan yang mahal, kerosakan sebelum tiba masanya dan kemalangan
boleh dikurangkan dengan melakukan penyenggaraan pada masa yang
ditentukan.
9 | P a g e