Page 14 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 14
1.2.5 Menyangkut dengan selamat.
i. Undur peralatan yang hendak dipasang dengan baik apabila hendak
menyambung dengan lengan pengangkat. Jangan mengangkat
peralatan sendiri dengan tangan pada kedudukannya.
ii. Jangan berada antara traktor dengan peralatan apabila
menyangkutnya. Kerja mestilah dilakukan dari sebelah sisi . Ingat
turutan bagi penyangkutan kiri, kanan dan atas.
iii. Apabila menarik dengan bar tarik, jangan gunakan dua rahang ke atas
kedua-dua traktor dan peralatan.
1.2.6 Semasa menyenggara traktor
i. Pastikan enjin telah sejuk barulah
buka tudung penyinar (radiator)
ii. Tanggalkan sambungan bumi bateri
sebelum memulakan kerja-kerja
sistem elektrik.
iii. Pastikan sistem hidraulik tidak di
bawah tekanan sebelum membuka Sumber : Operator’s manual
sambungan hidraulik.
iv. Apabila memeriksa kebocoran minyak hidraulik, pastikan memakai
pelindung mata, pakaian keselamatan dan sarung tangan.
v. Sebelum melakukan kerja-kerja
pemereksaan, membersih, baiki atau
servis alatan tambahan, pastikan enjin
di matikan dan transmisi neutral dan
brek dipasang dan PTO dineutralkan.
vi. Jangan sekali-kali cuba membaiki tayar
kecuali cukup pengalaman dan
peralatan. Sumber : Operator’s manual
6 | P a g e