Page 12 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 12

ii.   Apabila menarik trailer tentukan bahawa muatannya selamat .

                     iii.   Pastikan lumpur atau bahan-bahan lain tidak jatuh ke atas jalan raya, bagi

                           mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.



                 1.2    Langkah Keselamatan  Semasa Pengendalian Traktor

                       1.2.1    Langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian sebelum pemanduan

                                atau semasa menghidupkan traktor


                                 i.  Periksa brek tangan dikenakan.
                                ii.  Giar dan tuil PTO adalah neutral

                                iii.  Alatan tambahan di jatuhkan sebelum dihidupkan.
                                iv.  Pastikan semua pelindung dan penghadang di pasang dengan betul.

                                v.  Jangan cuba hidupkan traktor kecuali duduk di kerusi pemandu.

                                vi.  Pastikan tiada orang atau halangan di sekitar traktor.
                               vii.  Jangan  hidupkan  enjin  di  dalam  bangunan  tertutup,  tanpa  kipas

                                    pengudaraan



                       1.2.2    Memandu dengan selamat di ladang
                                 i.  Hendaklah  lebih  berjaga-jaga  apabila

                                    memandu  di  tanah  yang  curam.  Pilih

                                    giar  rendah  sebelum  memandu  ke

                                    bawah bukit dan jangan menukar giar

                                    kecuali  apabila  traktor  berada  dalam
                                    keadaan pegun.                           Sumber : Operator’s  manual



                                 ii.  Tentukan  tiada   seorang pun berada

                                    di  hadapan  apabila  traktor  mula

                                    bergerak,  merendahkan       peralatan

                                    atau  memasukkan  pacuan  kepada


                                    mesin.

                                                                             Sumber : Operator’s  manual


                                                                                               4 | P a g e
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17