Page 11 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 11

Apabila sesebuah traktor dan trailer dipandu di jalanraya, pemandu mestilah memastikan

                  perkara-perkara berikut;-


                      i.   Tentukan  brek  traktor  berada  di  dalam  keadaan  yang  baik.  Pedal  perlulah

                           dikunci.
                      ii.   Cermin  mestilah  bersih,  tentukan  pembersih  cermin  dan  pengelap  cermin

                           berfungsi dengan keadaan baik.

                     iii.   Cermin  penglihatan  yang  sesuai  mestilah  dipasang  pada  traktor  untuk

                           memberikan pemandu pandangan kenderaan di belakang yang jelas, walaupun
                           apabila menarik trailer yang mempunyai muatan.

                     iv.   Stereng dan tayar mestilah dalam keadaan yang baik.

                      v.   Lampu-lampu apabila dipasang mestilah boleh beroperasi pada setiap masa.
                     vi.   Trailer mestilah mempunyai brek yang berkesan yang boleh digunakan secara

                           langsung dari tempat duduk traktor.

                     vii.   Lampu isyarat jalanraya berkelip berwarna kuningan mestilah digunakan apabila

                           memandu  di  jalanraya  dua  arah  dengan  laju  maksima  kenderaan  kurang

                           daripada  40  km/j  (25bsj).  Lampu  isyarat  berkelip  boleh  digunakan  pada  jalan
                           raya  yang  lain  untuk  memberi  amaran  kepada  lalu  lintas  tentang  pergerakan

                           yang perlahan.

                    viii.   Peraturan  khas dikenakan  apabila  membawa  beban  yang  lebar  atau terkeluar

                           semasa di atas jalan raya. Jika lampu traktor atau pemantul tidak begitu terang,
                           lampu tambahan mestilah digunakan pada beban yang dibawa. Plat penanda di

                           perlukan  bagi  peralatan  yang  panjang  atau  separuh  panjang  dan  juga  beban

                           yang lebar atau tergantung.



                  Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian apabila menggunakan traktor atau mesin
                  di atas jalanraya adalah seperti berikut:


                      i.   Traktor  mestilah  mempunyai  cukai  jalan  raya  atau  sijil  pengecualian  cukai.

                           Mestilah  mempunyai  insuran  yang  sah  dan  plat  pendaftaran  mestilah  dapat

                           dilihat  dengan  jelas  dari  belakang.  Pemandu  juga  mestilah  mempunyai  lesen

                           memandu.



                                                                                               3 | P a g e
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16