Page 10 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 10

digunakan  untuk  memacu  peralatan. Tidak  berapa  lama  selepas  perang  dunia  kedua,

                  jumlah traktor telah meningkat dengan banyaknya.





                  Kebanyakan      traktor   dahulu
                  mempunyai kuasa di antara 15  -

                  22 kW (20 - 30 kk). Kuasa enjin

                  traktor  bagi  ladang  bersaiz
                  sederhana adalah 75 kW (100

                  kk)  dan  sehingga  120  kW  (160
                  kk)  bagi  ladang  yang  besar.

                  Setengah  ladang  yang  sangat

                  besar  mempunyai  traktor  yang

                  lebih  besar  dengan  kuasa  enjin
                                                       Sumber : Tractors
                  150 kW (200 kk) atau lebih.

                                                        Rajah 1.3 Traktor Berenjin Pembakaran Dalam Pertama




                  Traktor  telah  direkabentuk  berdasarkan  ciri  keselamatan  yang  cukup  tinggi.  Walau

                  bagaimanapun  tidak  ada  peringatan  atau  perhatian  untuk  mencegah  dari  berlakunya
                  kemalangan. Sekali kemalangan terjadi ianya sudah terlewat untuk difikirkan bagaimana

                  kita perlu lakukan. Ingat! traktor anda telah direkabentuk khusus untuk kegunaan pertanian
                  sahaja. Kegunaan selain daripada itu perlu mendapat kebenaran dari pengeluar.




                 1.1    Peraturan Keselamatan Di Jalanraya


                  Undang-undang  lebuhraya  mestilah  dipatuhi  apabila  traktor  dipandu  di  jalanraya.

                  Kelajuan maksima yang dibenarkan bagi memandu traktor di jalanraya ialah 32 km/j atau
                  20  bsj.  Ini  dikurangkan  kepada  19  km/j  atau  12  bsj  apabila  menarik  dua  trailer  atau

                  membawa mesin terdorong sendiri yang lebar seperti jentuai.







                                                                                               2 | P a g e
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15