Page 13 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 13
iii. Jangan memandu berhampiran
dengan parit atau benteng.
iv. Pandu dengan kelajuan yang selamat
pada setiap masa.
Sumber : Operator’s manual
1.2.3 Semasa mengendalikan traktor
i. Pilih laluan yang sesuai untuk bekerja dan fikirkan kestabilan traktor.
ii. Lepaskan cekam perlahan-lahan terutamanya semasa menaiki bukit
atau tebing.
iii. Jangan cuai menuruni bukit dengan giar neutral atau menekan cekam.
iv. Apabila traktor bergerak, pastikan pemandu berada ditempat
duduknya.
v. Jangan sekali-kali turun dari traktor yang bergerak.
vi. Sentiasa menekan pedal brek secara perlahan-lahan.
vii. Jangan membelok dengan kelajuan yang tinggi.
viii. Selalu mengoperasikan tarktor pada kelajuan yang sesuai.
ix. Pastikan beri perhatian khusus bila beroperasi berhampiran tebing.
x. Jangan sekali-kali membawa penumpang.
xi. Hormati peraturan jalanraya.
1.2.4 Meletakkan traktor dengan selamat
i. Sentiasa menggunakan brek tangan
apabila memberhentikan traktor. Tuil giar
mestilah berada dalam keadaan neutral
dan kunci pencucuhan mestilah
dikeluarkan.
ii. Sentiasa rendahkan peralatan dan muatan
ke atas tanah apabila meletakkan traktor. Sumber : Operator’s manual
5 | P a g e