Page 9 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 9
UNIT 1
KESELAMATAN DALAM PENGENDALIAN TRAKTOR PERTANIAN
1.0 Pengenalan
Di dalam bidang kejuruteraan pertanian aspek
keselamatan amat penting, kerana bidang
kejuruteraan pertanian berbeza daripada
kejuruteraan yang lain. Bidang kejuruteraan
pertanian bukan sahaja melibatkan peralatan dan
Rajah 1.1 Petani Moden
manusia tetapi juga melibatkan haiwan dan
tumbuhan. Terdapat beberapa perkara yang membezakan antara bidang kejuruteraan
pertanian dengan bidang lain, iaitu bidang ini menggunakan jentera besar dan juga bahan
kimia. Perbezaan ini menyebabkan terdapatnya beberapa prosedur keselamatan yang
berbeza seperti kaedah pengendalian jentera berat dan kaedah pengendalian bahan
kimia yang perlu dipatuhi setiap masa.
Traktor merupakan jentera penggerak
yang utama dalam bidang kejuruteraan
pertanian di mana kebanyakan kerja-kerja
ladang diambil alih olehnya. Traktor mula
digunakan di ladang-ladang di Britain
sejak awal abad ke 20. Menjelang tahun
1920 traktor berenjin petrol telah mula
menggantikan kuda. Traktor digunakan
Sumber : Tractors
untuk menarik peralatan dengan
Rajah 1.2 Traktor Terawal Berenjin Stim
menggunakan bar tarik dan untuk
memacu peralatan pegun seperti mesin melerai dengan menggunakan talisawat.
Menjelang tahun 1940, rekabentuk traktor telah berkembang dengan pesatnya sampai ke
tahap terciptanya sistem angkat hidraulik dan dilengkapi dengan sadap kuasa yang boleh
1 | P a g e