Page 28 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 28

a.     Kategori I

                         Digunakan pada traktor berkuasa rendah di mana saiz pin 22.3 mm dan kelebaran
                         lengan bawah 680.97-684.27 mm.


                         b.     Kategori II

                         Mengikut piawaian ASAE, saiz pin 28.7 mm dan kelebaran lengan bawah 822.45-
                         825.50  mm.  Sesetengah  alatan  kategori  II  boleh  digunakan  pada  penyangkut

                         kategori I dengan menggunakan peralatan tambahan seperti bush pada lubang pin

                         untuk mengelakkan alatan daripada bergetar.


                         c.     Kategori III
                         Mengikut piawaian ASAE, saiz pin 36.8 mm dan kelebaran lengan bawah 963.67-

                         966.72  mm.  Dalam  sesetengah  kes,  alatan  untuk  kategori  III  dibina  untuk
                         memudahkan penggunaan pada penyangkut kategori II.



                         d.     Kategori IV
                         Penyangkut  paling  besar  dibina  untuk  menyangkut  peralatan  yang  paling  besar.

                         Mengikut  piawaian  ASAE,  pin  bersaiz  20.88  mm  dan  kelebaran  lengan  bawah

                         1162.05-1162.09 mm. Terdapat juga kategori IV-N yang mana lebih kecil sedikit
                         dari kategori  IV tetapi  lebih  besar dari kategori III di  mana saiz pin  yang sama

                         tetapi kelebaran lengan bawah 918.97-922.02 mm.




                  2.4    Jenis Pengawalan Dalaman


                  Terdapat empat jenis kaedah pengawalan dalaman bajakan. Penyangkut mungkin

                  menggunakan salah satu dari kaedah tersebut.
                  a)     Kawalan Rintangan (Draft Control)

                         Dengan  menggunakan  kaedah  ini  kedalaman  bajakan  pada  awalnya  ditentukan

                         secara  manual,  kemudian  kedalaman  akan  berubah  semasa  membajak  mengikut
                         rintangan  yang  dialami.  Jika  rintangan  tinggi  mata  bajak  akan  terangkat  dengan

                         sendirinya dan akan turun balik ke kedudukan asal jika rintangan menurun.




                                                                                               20 | P a g e
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33