Page 33 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 33
Kelajuan putaran PTO bergantung kepada kelajuan ke hadapan traktor. Putaran PTO akan
berhenti bila traktor berhenti dari operasi.
3.4 Peraturan Keselamatan PTO
Keselamatan adalah faktor utama semasa menggunakan
peralatan tambahan. Beberapa peralatan disediakan dengan
peralatan keselamatan masing-masing. PTO juga dilengkapi
dengan peralatan keselamatan . Oleh itu semasa bekerja
menggunakan PTO maka perlulah dipatuhi langkah keselamatan
seperti berikut:-
Sumber : Operator’s manual
i. Sentiasa kenakan penutup PTO semasa ianya tidak
digunakan.
ii. Sentiasa buka sambungan bila PTO tidak digunakan.
iii. Jangan cuba menyambung PTO semasa enjin hidup.
iv. Sentiasa mengawasi tangan, kaki dan pakaian jauh daripada bahagian PTO dan PTO
itu sendiri.
v. Sentiasa tentukan pakaian kemas semasa cuba mengendalikan PTO.
vi. Jangan mengoperasi aci PTO pada sudut yang keterlaluan.
vii. Jangan benarkan sesiapa menumpang di atas bar tarik semasa mengoperasi PTO.
viii. Jangan cuba menyambung peralatan 540 rpm kepada 1000 rpm PTO.
ix. Matikan enjin semasa cuba memeriksa aci PTO.
x. Pastikan aci PTO betul-betul masuk sebelum mengoperasi PTO.
xi. Jangan menservis PTO atau melakukan apa-apa pada aci PTO sebelum enjin
dimatikan.
25 | P a g e