Page 27 - Agricultural Mechanization ebook 1_12
P. 27
2.3 Penyangkut
Terdapat beberapa jenis penyangkut seperti penyangkut satu mata, dua
mata dan tiga mata. Walaupun terdapat berbagai bentuk dan rupa tetapi
tujuannya adalah sama iaitu untuk menyangkut peralatan. Penyangkut
terdapat dalam berbagai saiz bergantung kepada saiz traktor. Semakin besar
traktor maka kebolehannya untuk menyangkut peralatan yang bersaiz besar.
Sumber : Asas Jentera Ladang
Rajah 2.9 Penyangkut 3 mata
2.3.1 Penyangkut Tiga Mata
Komponen-komponennya adalah seperti berikut;
Draft links – Lengan bawah di mana peralatan disangkut
i. Lift links - Rangkaian yang mengangkat lengan bawah
ii. Lift arm - Menyambung lengan pengangkat(lift links)
kepada rocker shaft
iii. Rocker shaft -Menyangkut dan menurunkan lengan
pengangkat (lift arm)
iv. Top link - Lengan atas Rajah 2.10
Fungsi penyangkut tiga mata;
i. Penyangkut peralatan dan membentuk sebagai satu unit.
ii. Mengawal kedalaman bajakan
iii. Untuk mengangkat peralatan
iv. Memindah beban kepada roda belakang traktor
Dua kaedah digunakan untuk memindahkan beban;
i. Beban yang disangkut akan tertarik ke bawah semasa diangkat
ii. Beban rintangan semasa membajak akan tertarik ke belakang semasa traktor
bergerak ke hadapan.
2.3.2 Kategori Penyangkut Tiga Mata
Pembuat traktor dan peralatan telah mempiawaikan saiz penyangkut. Penyangkut tiga
mata telah di kategorikan kepada empat. Saiz sebenarnya ditentukan oleh ASAE.
19 | P a g e