Kota Bharu 29 JULAI 2018 - Buat julung-julung kalinya bagi tahun 2018 Jabatan Kejuruteraan Elekterik, Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan “Electrical Industrial Talk Vol.01 2K18 (EITvol1’18) “ bertempat di Politeknik Kota Bharu (PKB) pada 29hb Julai 2018. EITvol1’18 merupakan satu seminar industri yang diadakan khusus bagi memfokuskan cabaran masa kini dalam bidang perindustrian sebagai persiapan kepada para pelajar dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik bagi menghadapi realiti pekerjaan semasa berlakunya Revolusi Industri 4.0 nanti. Melalui penganjuran seminar industri ini jugak diharap akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pensyarah dan pelajar tentang perkembangan teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan komunikasi. 

Dengan penyertaan pakar-pakar dalam bidang industri elektrik sama ada dari syarikat milik kerajaan dan syarikat korporat dalam seminar industri ini akan mengukuhkan lagi jalinan kolaborasi antara pihak PKB dengan pakar-pakar industri tersebut bagi memantapkan lagi keperluan kurikulum dan kepakaran dalam bidang teknikal. Antara-antara syarikat pakar-pakar industri yang terlibat dalam EITvol1’18 kali ini ialah Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Celestica Malaysia Sdn. Bhd Kulim, Kedah, M&E Consultant, Industry Solution Consultant Consulting and Technology Services dan agensi kerajaan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Fakutlti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Universiti Malaysia Pahang dan juga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

Menurut Ketua Jabatan Pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik PKB, Tuan Haji Zainuddin Omar, melalui seminar EITvol1’18 ini akan memberi peluang kepada para pelajar yang mengikuti pengajian Diploma Kejuruteran Elektrik untuk berintraksi secara langsung dengan pakar-pakar perindustrian yang hadir. Di sini membuka peluang kepada para pelajar untuk mengetahuan secara realitinya kerjaya-kerjaya yang akan  menunggu mereka setelah menamatkan pengajian nanti. Sebelum ini para pelajar hanya mengikuti pengajian secara teori di dalam dewan kuliah pengajian dan para pelajar tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan ini untuk mengambil ilmu sebanyak mungkin dengan pakar-pakar industri ini.

Majlis perasmian seminar EITvol1’18 ini telah disempurnakan oleh Pengarah PKB iaitu Tuan Haji Noor Azahan Othman. Dalam perasmian tersebut, Tuan Haji Noor Azahan Othman amat berharap agar para pelajar dapat menghargai ilmu yang akan mereka perolehi dalam seminar EITvol1’18 ini. Bagi menjadi seorang graduan yang berjaya nanti mereka seharusnya memiliki 3 perkara utama untuk berjaya iaitu berilmu, mempunyai kemahiran dan sikap yang terpuji. Pihak industri akan melihat ketiga-tiga aspek ini dalam sebagai asas penting untuk mereka menawarkan pekerjaan kepada setiap graduan yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik. 

Pada pengakhiran seminar ini, satu majlis menandatangani surat perlantikan panel penasihat industri dan majlis menandatangani surat hasrat untuk program kejuruteraan elektrik di PKB  telah diadakan dibilik Mesyuarat Ibnu Khaldum, PKB.  Majlis menandatangani kedua-dua surat tersebut telah dilakukan oleh wakil-wakil dari syarikat pakar industri yang hadir dengan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik sambil disaksikan oleh Pengarah PKB dan Ketua-ketua program Diploma Kejuruteraan Ekektrik.

  

LOI Signing Ceremony (6 LOIs) dan JKE Programme Advisor Committee Meeting

 

Bersama barisan Jawatankuasa penasihat program JKE PKB daripada 7 agensi 

pelbagai bidang dan 2 pakar akademik daripada UTHM dan UMP