6 Januari 2022 - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Politeknik Kota Bharu Bersama ROHM-WAKO Electronic (Malaysia) Sdn. Bhd. bertempat di Kompleks ROHM- WAKO, Pengkalan Chepa.

Majlis disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu dan juga YBrs. Tuan Hideki Hashimoto, Presiden ROHM-WAKO Electronic. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan pegawai- pegawai kanan Politeknik Kota Bharu. Dalam majlis yang sama telah berlangsung perbincangan dua hala PKB bersama pihak ROHM-WAKO.